Monday, September 21, 2015

21/09/2015~ Selamat jalan wahai sahabat

Suzaini Ahmad...(1967-2015)

Sejak dari darjah 5 lg rasanya ,aku dh kenal dengan dia..sewaktu program sekolah utk para pelajar yg akan mengambil exam Penilaia Darjah Lima..(time tu belum wujud lg UPSR...)

Dia dikategorikan dlm warga OKU kerna kecacatan fizikal sedari kecil lagi.Walaupun begitu,Allah SWT kurniakan dia otak yg cerdas..cuma nasib saja tidak menyebelahi beliau.
Sama-sama belajar bermula dari tingkatan satu lagi (1980)..cuma berlainan kelas..dia pintar..konpom kelas A...Cuma naik form 4 & 5 barulah kami sekelas..Habis saja sek...smua hilang tanpa dpt dikesan.

Sewaktu zaman FB mula femes..baru itulah kami bersua kembali..setelah hampir 28 tahun...bayangkan.Usaha dia menjejak kami semua serta sempat mengadakan perjumpaan (reunion) yg pertama  amat lah dihargai...meriah sgguh ..

2013..beliau mula tidak sehat...diserang stroke sehingga tidak mampu bersuara..hanya dengan applikasi wassap dan di Facebook sahaja kami berbicara...Tidak lokek dengan ketawa serta gurau senda..ada sahaja idea beliau utk menceriakan suasana...walaupon tanpa suara..

30 Ogos 2015:sempat ziarah beliau di hospital Raub apabila dia dimasukkan keward kerana mengalami sakit perut berterusan..terkedu melihat perubahan fizikalnya..terlalu cengkung...mmg menitis air mata sewaktu melihat dia berusaha utk memberitahu sesuatu..tp aku tidak memahami...

21 Sept 2015:Akhirnya.....Zaini pergi jua menghadap Illahi lebih kurang jam 9 pg tadi....

Inna lillahi wainna ilaihi rojiun...

Semoga rohmu ditempatkan dikalagan org2 yg soleh didalam jannah yg tertinggi..

Damailah disana wahai sahabatku....insyaallah..kami semua pasti menuruti langkahmu..cuma masa yg belum diketahui...entah mlm ini..esok..lusa....wallahu'alam

Alfatihah....


No comments:

Post a Comment