Thursday, January 18, 2018

Menuju Harmaen (pt 4)

Hari terakhir dibumi Madinah...seusai solat subuh,kami bergegas balik kehotel..sebelum tu sempat kami menziarahi makam Nabi utk mengucapkan selamat tinggal...dan berdoa agar di jemput lg selepas ini. Tak puas rsanya 4 hari bermalam disini..pelbagai kenangan indah bersama ahli keluarga dan kenalan baru dicipta..Cuaca masih lagi dingin..memang x boleh berlama diluar..menggigil juga walaupon sudah berlapis2 bju disarungkan.

Sempat juga berswafoto di subuh terakhir di Madinah..


 Dihadapan hotel penginapan..xsilap ni sekitar jam 3 pagi..suhu dalam 18 c...

sejuk...rrr...rrr...
Berangkat menuju ke Makkah Al Mukarramah sekitar jam 9 pagi..singgah bermiqat di Masjid Bir Ali..maka bermula lah  pantang larang semasa dlm ihram ini.dalam hati tidak putus2 berdoa agar segalanya dipermudahkan..serta diberi kesihatan yang lebih...

sbil menunggu bas..posing dulu..😊

en suami merangkap mutawif sudah berpakain ihram...
Menunaikan solat sunat serta berniat ihram di Masjid Bir  Ali



Berhenti di RnR Wadi Qudait utk solat jamak taqdim serta makan tengahari.Disini hidangan yg disediakan amat sedap..nasi arab bersama ayam yg dibakar serta ikan goreng..

yummy....
Setiap satu hidangan utk lima orang makan..memang tersandar kekenyangan,,hahah..



Antara pemandangan yg sempat disnap dari tingkap bas..



Hampir menjelang maghrib,bas yg kami naiki sudah mula mendekati tanah haram...x semena2,airmata mula menitis..x berhenti sehingga tersendu2..sebab terpandangkan satu kaw perkuburan dipinggir bandar Makkah....hati bagai di robek rasanya...terpandang2 wajah Bonda disitu..bersama senyuman yang paling manis..mengalu-alukan kedatangan kami..anak,menantu dan cucu2 nya..Allahu akbar...(sambil menaip ni pon si airmata gugur lagi!! 😭)

Alhamdulillah,selamat sampai di Hotel Rawabi Zamzam, tempat kami menginap selama 6 hari di bumi Makkah ini.Jarak dari Masjidil Haram cuma lebihkurang 200 meter sahaja.Kali ini bilik kami ditingkat 6.Yang agak memeranjatkan,hotel ini terletak dikawasan berbukit...fuhh...bermula lah cabaran pertama..walaupun perkhidmatan buggy disediakan,tetapi jemaah yg menginap disini agak ramai..kebanyakkan nyer dari Turki..hurmm...redha jer lah mokcik!! 

Setelah selesai meletakkan bagasi memasing serta menunaikan solat,maka kami menuju ke Masjidil Haram utk menunaikan Umrah.

Hati berdebar2 sebab kali ini tanggungjawab lbih berat,.anakdara berdua perlu dibimbing...En Suami tidak boleh bersama selalu sebab dia perlu mengawasi jemaah lain..Walaupon sudah ader pengalaman menunaikan umrah,tp tetap terselit sedikit kegugupan...perasan itu berbaur...antara sedih dan teruja...

Di persekitaran kaabah sedikit sempit akibat pengubah-suaian lantai nyer,,tetapi suasana tidak sepadat seperti yg digambarkan...syukur alhamdulillah,Allah permudah tawaf ku berserta jemaah lain..dihimpit dan ditolak sewaktu menghampiri kawasan Multazam dan Hijir Ismail tu biasalah..Jemaah dari negara lain agak agresif,,kita elakkan dari kumpulan mereka dan   jaga sahaja posisi badan kita..

Selesai bertawaf,kami pergi menunaikan solat sunat tawaf dua rakaat diruangan yg disediakan.. serta minum air zam2..dan selepas itu baru bersai'e serta bertahallul....sekali lagi.. beribu kesyukuran dipanjatkan...selesai sudah umrah pertama kami ..

Allahuakbar...menangis lagi....





tobecontinue...





No comments:

Post a Comment