Tanggal 11hb Aug,2017,lebih kurang jam 7 mlm waktu Arab Saudi,bersamaan pukul 11 mlm waktu Malaysia,dapat berita yang mengatakan Bonda mengalami batuk yang teruk serta sesak nafas...lantas Bonda dikejarkan ke klinik yang dikendalikan oleh pihak TH di Hotel Land Premium tempat Bonda menginap..Bonda tambah kritikal ..lantas pihak TH terpaksa bawa ke Hospital King Faisal,Makkah untuk dipantau dibawah pengawasan doc pakar.Kakak yang mengiringi Bonda tidak dibenarkan pergi...Maka selama 3 hari kami disini tidak dapat sebarang berita berkenaan kesihatan Bonda...Allahuakbar..hya Allah swt yg tahu bagaimana perasaan kami ketika itu..hari2 menangis sambil x putus berdoa agar Bonda kembali sehat seperti sediakala..macam2 sumber cuba di hubungi...akhirnya Allah makbulkan doa kami..alhamdulillah, staff abg ada yg jadi sahabat TH,atas inisiatif beliau..kakak dapat dibawa berjumpa Bonda..rupanya Bonda diletakkan dibilik ICU..ðŸ˜
Bonda dijangkiti kuman di paru2nya serta merebak pula ke dalam saluran darah dan mengakibatkan buah pinggang tidak berfungsi..Allah...besar dugaan mak..bertabah yer mak...
Hari kelima dan keenam ,sempat Bonda bertanya, dimanakah anak2nyer yang dua orang tu...untung K.Ruby dan K.Balkish..Bonda still mengingati korang..huhu,,17hb Ogos,kakak beritahu keadaan Bonda semakin membimbangkan..Allahu..sekali lagi Bonda dimasukkan ke ICU..dan kakak diarahkan balik kebilik hotel semula..
Keadaan Bonda bertambah kritikal..doctor sedaya upaya cuba menyelamatkan Bonda..tapi apakan daya..Allah yag menentukan segalanya..seusai kakak dan kengkawannyer menghabiskan bacaan surah Yaasin,Bonda pergi dengan tenang menemui penciptaNya tepat jam 5.45pm (waktu Makkah),,bersamaan jam 10.45 mlm waktu Malaysia....Innalillahi wainna ilaihiro'jiun...Allahuakbar...berakhirnya nafas Bonda dibumi Anbia...YaAllah Ya Tuhanku..ampunilah segala kekhilafan ibuku semasa hayatnya..hya Engkau yg maha mengetahui....
Perit...perit utk menerima perkhabaran ini...tapi kami redha Mak..kami redha..cantik sangat perjalanan akhir mak...rupanya memang Allah nk panggil Mak sebagai tetamu teragungNya....Mak antara yg terpilih....damai lah mak...damai lah di Syurga sana....
Alhamdulillah...kakak dapat memandikan jenazah Bonda..mengafankan seterusnya mengiringi beliau keMasjidilharam utk disolatkan selepas solat subuh...Sungguh beruntung Bonda,disolatkan oleh berjuta umat manusia..dari segala pelusuk alam...
tempat jenazah Bonda dimandikan |
kucupan terakhir mewakili kami semua |
menuju keMasjidilharam utk solat |
beruntungnya Bonda.. |
menuju ke tanah perkuburan |
Tanah Perkuburan As Syara'ie |
zon 231,no.41 |
Hajjah Zaliah Bte Busu
05.09.1928 ~ 19.08.2017
No comments:
Post a Comment